Ahad, 21 November 2010

Pengenalan

         Langkah pertama yang perlu diketahui ialah tahu apa yang diukur atau disukat. Ianya bunyi seperti senang tetapi mungkin satu bahan yang susah kepada murid-murid. Sebagai seorang murid yang menjalankan perbandingan, bukan hanya mereka mendapat pemahaman terhadap sukatan dan pertimbangan perkataan tetapi mereka juga belajar prosedur yang membantu mereka dalam mengenal pembahagian nombor. Langkah ini selalunya dipanggil Ipermulaan menyukat (Pre measurement), sehingga tiada nombor yang terlihat.
          Walau bagaimanapun, guru perlu lebih berhati-hati dan tahu mengenai kesilapan konsep pada sesetengah murid yang melihat kandungannya. Murid-murid datang ke sekolah dengan mngetahui sedikit konsep ukuran panjang dan sedikit perkataan bersama rakan-rakannya tetapi sedikit idea mengenai kapasiti. Sementara perbandingan boleh dibuat dengan membandingkan dua bekas, murid-murid yang masih baru selalunya membuat perbandingan ukuran panjang lebih baik daripada isi kandungannya. Bila dijawab yang mana lebih isinya, bekas yang tinggi yang akan dipilih oleh murid-murid walaupun yang rendah itu sebenarnya banyak isinya. Oleh itu, lebih baik belajar mengenai jumlah kandungan dahulu sebelum mengajar perbandingan.
            Dalam blog saya ini, saya telah menyediakan satu video tentang pembelajaran isipadu dan cecair sebagai simulasi yang boleh digunakan. Selain itu, saya juga telah mencadangkan peralatan dan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mengajar isipadu dan cecair mengikut kebolehan dan prestasi murid (lemah dan cerdas). Diharapkan guru dan murid-murid dapat menggunakannya dalam pengajaran.

Rabu, 17 November 2010

Video Isipadu dan Cecair

 


           
             Melalui video yang ditayangkan, kita dapat melihat perbezaan bekas atau alat bantu megajar yang digunakan. Di sini, kita dapat melihat pebezaan saiz bikar yang digunakan tetapi mempunyai nilai isi padu cecair yang sama banyak telah di isi. Ianya di isi dengan air yang berbeza warna bagi membuat perbandingan. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa isipadu yang tinggi tidak menunjukkan nilai yang lebih banyak daripada bikar lain.

Pemilihan Bahan Isipadu dan Cecair

           Penggunaan bahan yang sesuai adalah amat penting dalam menerangkan konsep isipadu dan cecair kepada murid. Sebagaimana mata pelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati dan biasa digunakan oleh murid. Perkara ini membolehkan guru mudah untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.
            Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
             Dalam membuat pengukuran isipadu dan cecair, unit yang boleh digunakan ialah ukuran tidak piawai (Non Standard Unit) dan ukuran piawai (Standard Unit). Antara bahan bantu mengajar melibatkan ukuran tidak piawai seperti gelas, cawan, botol air mineral, baldi, jug dan mangkuk di mana tidak terdapat sebarang unit yang menunjukkan kapasiti air. Contohnya gambar tersebut adalah seperti berikut:

              
               Walau bagaimanapun, tempurung kelapa juga boleh digunakan sebagai alat atau bahan untuk menyukat isipadu cecair. Selain itu, tempurung kelapa mudah didapati di mana sahaja dan ianya mejimatkan kos. Murid-murid dan guru juga mudah untuk mendapatkannya. Contoh gamabar tempurung kelapa adalah seperti berikut:




            
             Manakala, ukuran melibatkan piawai (Standar Unit) pula adalah sepert bikar, silinder penyukat dan botol susu bayi. Kebiasaanya, ukuran piawai digunakan untuk menentukan nilai kapasiti atau isipadu air dalam bekas tersebut. Contoh gambar melibatkan ukuran piawai adalah seperti berikut:



             Berdasarkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan, saya telah memilih jug, baldi, botol mineral dan gelas sebagai bahan bantu mengajar untuk ukuran tidak piawai. Manakala untuk ukuran piawai, bikar dan silinder penyukat digunakan untuk mengenalpasti sukatan isipadu air dalam setiap aktiviti yang terlibat.

Aktiviti Pengajaran Untuk Murid Lemah Dan Sederhana


i) Pengajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai (Non Standard Unit)

  
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
   a) Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus.

 
Bahan Bantu Mengajar:
  1. Gelas
  2. Kad perkataan
  3. Kad soalan.


  Langkah-Langkah Aktiviti:
  • Guru menunjukkan gelas yang berisi air di hadapan kelas.
  • Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkaitan dengan gelas-gelas berisi air yang ditunjukkan di mana mempunyai perbezaan kapasitinya.


  • Guru kemudiannya menunjukkan kad perkataan 'lebih' dan 'kurang' kepada murid-murid sebagai kosa kata dan menyatakan maksud setiap perkataan tersebut.  Contohnya:


  • Guru meminta murid-murid melekatkan kad perkataan pada kad soalan. Contoh kad soalan seperti berikut:


  • Guru mengulangi aktiviti ini sehingga murid-murid menguasai konsep 'lebih' dan 'kurang' antara dua isipadu sesuatu cecair.
  • Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.






ii) Pengajaran Menggunakan Ukuran Piawai

   Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
           a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.

  Bahan Bantu Mengajar:
  1. Kad nombor
  2. Bikar

Langkah-Langkah Aktiviti:
  • Guru menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk membaca bacaan yang terdapat pada bikar terutamanya bagi unit liter.
  • Guru memperkenalkan simbol liter ( l ).
  • Guru menunjukkan 5 buah bikar berisi cecair yang berbeza kapasitinya atau isipadunya. Contohnya:

  • Guru meminta murid dipilih untuk membaca ukuran cecair pada bikar berkenaan.
  • Murid dipilih tampil dan membaca bacaan pada bikar seterusnya melekatkan kad nombor pada bikar yang betul.
  • Murid-murid mengulangi aktiviti tersebut sehingga kesemua 5 bikar dilabelkan dengan sukatan dan bacaan yang betul.
  • Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini iaitu cara-cara untuk membaca sukatan cecair dengan menggunakan ukuran piawai yang melibatkan unit liter.

    Aktiviti Pengajaran Untuk Murid Cerdas

    i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai

       Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
          a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak piawai

      Bahan Bantu Mengajar:

    1. Cawan kertas
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol air mineral
    4. Baldi kecil
    5. Air

      Langkah-Langkah Aktiviti:

    • Guru menerangkan kepada murid-murid untuk menggunakan ukuran tidak piawai dalam menentukan isipadu cecair.
    • Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan dan diagihkan kepada tiga stesen iaitu stesen A, stesen B, dan stesen C. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berbeza.
    • Setiap kumpulan diberikan satu borang untuk dilengkapkan. Contoh borang seperti berikut:


      • Stesen A memerlukan murid-murid menyukat air menggunakan tempurung  kelapa yang disediakan. Beberapa gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil tersebut.




      • Stesen B pula memerlukan murid untuk menyukat air menggunakan cawan kertas yang disediakan. Berapa kali cawan kertas air yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil tersebut.



      • Stesen C memerlukan murid-murid menyukat air menggunakan botol air mineral yang disediakan. Berapa kali botol air mineral diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil dengan air.



      • Murid-murid berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain setelah membuat catatan bilangan setiap sukatan di setiap stesen.
      • Ketua setiap kumpulan yang dilantik membentangkan hasil yang diperolehi oleh mereka.
      • Guru memberikan jawapan sebenar.
      • Kumpulan berjaya mencatat banyak jawapan yang betul diberikan sedikit ganjaran.
      • Guru meminta murid membuat rumusan di mana setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk memberikan jawapan yang berbeza bagi setiap sukatan.












      ii) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Piawai

         Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
                             a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.

        Bahan Bantu Mengajar:
      1. Bikar
      2. Silinder penyukat
      3. Jug
      4. Air

        Langkah-Langkah Aktiviti:

      • Guru menunjukkan tiga jug A, B, dan C berisi sejumlah air. Guru telah menyediakan sukatan cecair tersebut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan isipadunya hanya melibatkan unit liter.

       

      • Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan kecil.
      • Setiap kumpulan tersebut diberikan bikar dan silinder penyukat. Contohnya:


      • Setiap kumpulan diberikan satu jug berisi air yang kandungannya berbeza antara setiap jug.
      • Murid-murid diminta menyukat cecair tersebut menggunakan alatan yang telah diberikan dalam setiap kumpulan. Hasil dapatan dicatatkan dalam kertas jadual yang disediakan. Contohnya:

         
        • Murid-murid diminta untuk menukar jug dengan kumpulan lain dan seterusnya mengulangi aktiviti menyukat dan mencatat hasil dapatan dalam kertas yang telah disediakan. Aktiviti ini dilaksanakan sehingga semuanya selesai.
        • Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk menyatakan apa kaitannya alatan yang digunakan untuk menyukat cecair.
        • Murid-murid akan menjawab bahawa walaupun berbeza bekas yang digunakan untuk menyukat iaitu bikar ataupun silinder penyukat, jawapan yang diperolehi adalah sama.
        • Guru menyemak jawapan dengan murid, kumpulan yang menang diberikan sedikit ganjaran.
        • Guru meminta murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

        Rumusan

                  Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa aktiviti tentang topik Isipadu dan Cecair yang disediakan di dalam blog ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru. Di sini, aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan pemilihan video sebagai contoh rakaman yang bergerak, pemilihan bahan Bantu mengajar dan strategi yang sesuai digunakan mengikut kreativiti dan tahap kebolehan murid-murid.
                  Dalam pengajaran isipadu cecair, guru perlu melibatkan murid-murid dengan aktiviti konkrit di mana mereka melakukannya untuk mendapatkan maklumat. Ini tidak akan tercapai jika guru hanya mengajar secara ‘calk and talk’ sahaja kerana ianya tidak berkesan.
                  Oleh yang demikian, semoga dengan cadangan video, bahan Bantu mengajar, dan aktiviti-aktiviti yang telah ditunjukkan dapat membantu guru-guru untuk mengajar topik Isipadu Cecair kepada murid-murid.

        Rujukan

        Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik
                          Tahun 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.

        Pusat Perkembangan Kurikulum.(2004). CD 5,6&7 Teaching Courseware
                          Mathematics Year 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.

        http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag&playnext=1&list=PLCBB616EFD
                        1232CF7&index=