i) Pengajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai (Non Standard Unit)
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus.
Bahan Bantu Mengajar:
- Gelas
- Kad perkataan
- Kad soalan.
Langkah-Langkah Aktiviti:
- Guru menunjukkan gelas yang berisi air di hadapan kelas.
- Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkaitan dengan gelas-gelas berisi air yang ditunjukkan di mana mempunyai perbezaan kapasitinya.
- Guru kemudiannya menunjukkan kad perkataan 'lebih' dan 'kurang' kepada murid-murid sebagai kosa kata dan menyatakan maksud setiap perkataan tersebut. Contohnya:
- Guru meminta murid-murid melekatkan kad perkataan pada kad soalan. Contoh kad soalan seperti berikut:
- Guru mengulangi aktiviti ini sehingga murid-murid menguasai konsep 'lebih' dan 'kurang' antara dua isipadu sesuatu cecair.
- Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.
ii) Pengajaran Menggunakan Ukuran Piawai
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.
Bahan Bantu Mengajar:
- Kad nombor
- Bikar
Langkah-Langkah Aktiviti:
- Guru menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk membaca bacaan yang terdapat pada bikar terutamanya bagi unit liter.
- Guru memperkenalkan simbol liter ( l ).
- Guru menunjukkan 5 buah bikar berisi cecair yang berbeza kapasitinya atau isipadunya. Contohnya:
- Guru meminta murid dipilih untuk membaca ukuran cecair pada bikar berkenaan.
- Murid dipilih tampil dan membaca bacaan pada bikar seterusnya melekatkan kad nombor pada bikar yang betul.
- Murid-murid mengulangi aktiviti tersebut sehingga kesemua 5 bikar dilabelkan dengan sukatan dan bacaan yang betul.
- Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini iaitu cara-cara untuk membaca sukatan cecair dengan menggunakan ukuran piawai yang melibatkan unit liter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan